Resepi sendiri :)




Nampak sedap tak makanan ni ? 
 hehe , masak sendiri tu .. *bangga sebentar  
saja-saja masak bosan sangat .. 
Lagipun memang ada bahan-bajan dalam peti sejuk .. 
Apa lagi masak lah .. 
hehe ..

Nak cuba ?
kalau nak cuba mestilah dapatkan resepi dahulu ya :)
macam mana nak dapatkan resepi ?
ha , sini biar saya bagi ya :)


Masakkan ni ada dua bahan ..
bahan A dan bahan B ..



Okey nilah bahan A(bahan utama) dia :



1. Hotdog - sesuka hati . Letak sebanyak yang anda mahu .
2. Fishcake/Fish-ball - Letak sebanyak yang anda mahu .
3. Sos cili
4. Kicap (Kicap manis cap kipas tau ! xD)
5. Telur - Letak sebanyak yang anda mahu .

Bahan B(sambal belacan punya) pula adalah seperti berikut :
  


1. satu mangkuk kecil cili padi
  • 2. 3-4 biji bawang merah
  • 3. setengah genggam ikan bilis - yang dah kupas yer (kalau taknak tak payah letak)
  • 4. 1-2 inci belacan
  • 5. garam secubit
  • 6. pak aji - kalau suka, kalau tak suka boleh gantikan ngan gula secubit
  • 7. 2 sudu minyak masak
  • 8. limau kasturi - kalau tak ada limau kasturi , guna lemon je . Tapi dicadangkan lagi sedap guna limau kasturi


Cara-cara memasak bahan A :
1. Tuangkan minyak kedalam kuali .
2. Panaskan minyak . Sementara menunggu minyak panas , kita potong fish-ball/fishcake dan hotdog     yang ada .
3. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau . (tak perlu letak garam)
4. Bila minyak dah panas , kauorang masukkan fish-ball/fishcake dan hotdog yang telah di potong kedalam kuali . Goreng sehingga separuh masak .
5. Kemudian , masukkan cili sos dan kicap manis (bukan kicap pekat tau !) . Gaul sehingga sebati ...
6. Akhir sekali , masukkan telur dan gaul dengan sebati bersama-sama bahan yang telah di goreng tadi.

Cara-cara membuat bahan B:

1. Potong bawang. Cili padi belah dua (tips supaya tak meletup masa goreng)  


2. Panaskan minyak. Masukkan bawang, cili padi, ikan bilis dan belacan.. Goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu. Bau belacan goreng memang sodappp...
  1. Angkat dan masukkan dalam lesung. Tambahkan garam dan pak aji/gula dan limau kasturi yang dah dipotong-potong. Tumbuk limau dengan kulit-kulit sekali. Kalau tak suka tak yah la.. Amik jus nyer jer..
  2. Okay siap

*
Maaf sebab cara-cara untuk membuat sambal belacan agak bersepah ..
harap kauorang faham ya :)

SELAMAT MENCUBA YA !!
CHAIYOK-CHAIYOK !! 



No comments:

Post a Comment